Lagu evergreen ‘Hatiku Kau Guris Luka’ oleh kumpulan Sweet September yang terkenal dalam era 70-an dan 80-an memang masih lagi menjadi kegemaran dan pilihan mereka yang suka berkaraoke. Liriknya yang puitis dendangan suara unik penyanyi utama kumpulan itu mampu menusuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bahkan, lagu ini juga sering dinyanyikan semula dalam bentuk ‘cover version’.
Dalam banyak-banyak ‘cover version’ untuk lagu ‘Hatiku Kau Guris Luka’, video yang telah dimuatnaik oleh kumpulan yang dikenali sebagai Kelembaistudio telah memberikan impak berbeza terhadap lagu popular tersebut, sehingga menjadi viral di media sosial.
Mana tidaknya, video parodi itu memaparkan empat anggota kumpulan yang berpakaian ala-ala rockers kampung dengan mengenakan kain batik, berselipar atau berkaki ayam, dan rambut yang disisir menutupi muka sepenuhnya. Apa yang lebih menggelikan hati, penyanyi kumpulan itu keluar dari tempat persembunyiannya, iaitu di dalam sebuah peti sejuk!
Walaupun demikian, bagi kami, penyanyi Kelembaistudio mempunyai vokal yang cukup baik dan nada nyaring yang sesuai untuk lagu rock kapak 80-an dan 90-an.
Video lagu ‘cover version’ ‘Hatiku Kau Guris Luka’ adalah antara video yang dimuatnaik oleh kumpulan ini. Anda boleh tonton video viral tersebut di sini: https://www.facebook.com/video.php?v=10153320751202345.
Layari Facebook mereka di Kelembaistudio Saz untuk ketahui dengan lebih lanjut. Manakala, lagu cover version mereka yang lain, seperti Basikal Tua dan Jangan Tinggal Daku, boleh ditonton di YouTube. Jom tengok:
Sumber: The Rakyat Post