Sempena Tahun Baru Cina bulan Februari, Kenny Rogers Roasters telah menawarkan menu baru “Kenny’s Cherish Meal”. Menariknya menu baru kali ini mempunyai empat pilihan hidangan – Golden Treasure Platter, Soupreme Treasure Platter, Souperior Rice Casserole dan Superior Spaghetti Casserole.
Golden Treasure Platter didatangi dengan Grilled Black Pepper Chicken Chop bersama Spicy Golden Rice, dua pilihan coleslaw dan sayur-sayuran.
Soupreme Treasure Platter juga datang dengan Grilled Black Pepper Chicken Chop dan Spicy Golden Rice, yang menggantikan hidangan sampingan Mushroom Chicken Soup.
Souperior Rice Casserole pula menyediakan Spicy Golden Rice bersama Grilled Black Pepper Chicken dan semangkuk Mushroom Chicken Soup.
Souperior Spaghetti Casserole menghidangkan Black Pepper Chicken Chop bersama Spaghetti Marinara dan Mushroom Chicken Soup.
Ingin cuba menu baru ini? Golden Treasure Platter dan Soupreme Treasure Platter berharga RM18.90 dan RM15.90 masing-masing. Sementara itu, Souperior Rice Casserole dan Souperior Spaghetti Casserole berharga RM12.90.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang datang juga dapat menikmati muffin baru iaitu Chocorange Muffin – mempunyai rasa coklat bersama oren/limau tangerine.
Sebarang info boleh ke laman web www.krr.com.my dan Facebook www.facebook.com/KRR.my.