Betulkah? Bakal ada sekuel untuk filem animasi yang mencetuskan fenomena dunia? Frozen 2 bakal menemui penonton? Itu merupakan kata-kata Idina Menzel, pelontar lagu hit Let It Go.
Menurut Idina Menzel sekuel filem hit terbitan Disney itu bakal diterbitkan. Menzel, yang menyumbang suara untuk karakter Elsa dalam filem tersebut, ketika temu bual bersama Telegraph, seolah mengesahkan pembikinan bahagian kedua filem animasi itu yang “kini dalam perancangan.”
Beliau dijangka kembali menyumbangkan suara untuk watak Elsa dalam sekuel filem itu, namun berkemungkinan tidak ditampilkan dalam pementasan teater. Menzel, 43, seorang bintang lama Broadway dilapor tidak menyangka dirinya digilai anak gadis yang mengenalinya sebagai penyanyi “Let It Go” dan lagu-lagu lain dalam Frozen.
Astro Awani & Mirror.co.uk