Peti sejuk anda bukan sahaja berfungsi untuk memastikan kesegaran makanan malah barangan bukan makanan juga akan dapat manfaat jika disimpan di dalamnya.
1. Jeans
Walaupun tidak dinyatakan pada label pakaian, tapi pakar menasihatkan cara terbaik untuk membersihkan seluar jeans adalah menyimpanya di dalam peti ais. Suhu yang rendah mampu membunuh kuman . Letak jeans dalam plastik berzip dan simpan dalam peti ais semalaman. [ Sumber ]
2. Selimut, sarung bantal dan cadar
Susah untuk tidur malam kerana berasa panas. Ini tips untuk anda. Masukkan sarung bantal, cadar dan selimut dalam peti sejuk. Walaupun kesannya sementara, namun ia boleh membantu anda untuk lena lebih cepat kerana kesan penyejukan. [ Sumber ]
3. Produk penjagaan kulit dan kosmetik
Penyejukan boleh memanjangkan jangka hayat produk kecantikan, terutamanya selepas produk telah dibuka . Ini termasukla pewarna kuku, minyak wangi, gincu, celak dan maskara. [Sumber ]
4. Arang
Ini bukan untuk penjagaan barang, sebaliknya untuk penjagaan peti ais anda. Meletakkan arang dalam peti sejuk adalah petua orang tua-tua dahulu untuk menghilangkan bau peti ais dan ia masih lagi dipraktikkan kebanyakan suri rumah pada hari ini.
5. Bateri
Menyimpan bateri lithium dalam peti sejuk juga akan memanjangkan tempoh hayatnya. Tapi sebelum menggunakannya, pastikan meletakkan ia pada suhu bilik terlebih dahulu. [ Sumber ]