Pada 17-19 Januari 2014 lepas telah berlangsungnya acara sukan berbasikal, OCBC Cycle Malaysia yang merupakan acara besar-besaran sukan berbasikal terbesar di Malaysia yang berlaku di Dataran Merdeka. Tujuan OCBC Cycle Malaysia diadakan adalah adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan untuk bergembira, komponen utama OCBC Cycle Malaysia adalah untuk mewujudkan peluang-peluang di samping memberikan sedikit khidmat kepada masyarakat. Sukan berbasikal tersebut mampu menarik lebih 6,000 peserta. Malah, Menteri Belia dan Sukan YB Encik Khairy Jamaluddin turut serta melancarkan sukan berbasikal di samping turut serta menyertainya.
3 objektif utama:
Sesi menyeronokkan seisi keluarga
OCBC Cycle Malaysia mampu menarik perhatian keluarga yang membuat penyertaan untuk anak-anak mereka dalam The Junior Challenge (30 minutes), The Kids Ride (5.5km) dan juga The Tricycle Ride (100m), malahan mengambil bahagian sesama keluarga dalam acara The Challenge (48km) dan The Community Ride (24km). Sekaligus acara sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga di samping mengisi masa lapang yang sihat. OCBC Cycle Malaysia 2014 memberi peluang yang sempurna untuk mewujudkan masa ikatan penting antara ahli keluarga melalui acara sukan yang sihat dan menyeronokkan.
Kebanjiran basikal daripada pelbagai bentuk dan saiz
Kebanjiran pelbagai jenis bentuk dan saiz basikal dapat menarik minat para pengunjung yang hadir. Pelbagai variasi basikal daripada road bikes, mountain bikes, dan folding bikes mampu menarik orang ramai. Bukan itu sahaja, hal ini dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat pencinta sukan basikal.
Khidmat masyarakat
Walaupun objektif utama acara ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan untuk bergembira, komponen utama OCBC Cycle Malaysia adalah untuk mewujudkan peluang-peluang untuk memberikan sedikit khidmat kepada masyarakat. The Corporate Charity Challenge yang menyaksikan 16 pasukan terdiri daripada 64 penunggang mampu memberikan RM72, 000 untuk badan amal rasmi acara itu: The National Cancer Society of Malaysia (NCSM), The Budimas Charitable Foundation, dan the National Autism Society of Malaysia (NASOM).
Untuk keterangan lanjut mengenai sukan berbasikal ini, boleh ke www.ocbc.cyclemalaysia.com.my