Filem komedi Amerika ZOOLANDER pernah memecahkan panggung sekitar satu dekad setengah yang lalu pada tahun 2001.
Sebagai pembuka tirai 2016 yang begitu menarik buat masyarakat dunia, syarikat edaran filem Paramount Pictures mengumumkan berita paling mengembirakan buat para peminat Zoolander iaitu berkenaan keluaran filem keduanya!
Zoolander 2 mengisahkan Derek, lakonan Ben Stiller dan Hansel, lakonan Owen Wilson yang merupakan supermodel terkenal suatu ketika dulu, kini sedang melingkup dalam zaman kejatuhan mereka berikutan industri fesyen yang telah banyak menerima kehadiran supermodel baru yang lebih gah.
Walau bagaimanapun, mereka berdua ingin kembali beraksi dalam dunia peragaan tetapi malangnya dengan secara tidak sengaja telah melibatkan diri dalam satu konspirasi jahat.
Bagi menghangatkan lagi keterujaan anda menjelang tayangan filem ini pada 3 Mac 2016 (tayangan Malaysia) nanti, pihak Wanista.com setulus hati ingin memberi peluang kepada anda untuk memiliki koleksi barangan edisi terhad eksklusif dari Filem Zoolander 2 ini!
Antara barangan yang ditawarkan kepada anda adalah termasuk Hoodie (baju berpenutup kepala), Set Kembara Untuk Lelaki, Kayu Selfie dan Kipas Mini! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan edisi terhad eksklusif dari filem Zoolander 2 dengan menyertai peraduan Giveaway ini!
TONTON TRAILER ZOOLANDER 2
https://www.youtube.com/watch?v=JNYwFi9gv_g
Apa yang perlu anda lakukan adalah menjawab 3 soalan mudah seperti di bawah:-
1. Apakah nama syarikat edaran filem untuk Zoolander 2? *Rujuk pada artikel di atas
3. Bilakah tarikh tayangan filem Zoolander 2 di Malaysia? *Rujuk pada artikel di atas
3. Apakah dua (2) perkataan yang tertera pada pakaian sut merah Derek dan Hansel sebaik mereka muncul di atas pentas sebelum menjadi bahan jenaka orang ramai. *Rujuk pada trailer Zoolander 2 di atas
Syarat-syarat penyertaan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom *klik pada pautan merah
2. Kongsikan artikel ini di akaun Facebook anda.
3. Jawapan boleh dihantar ke alamat e-mel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Saya Suka Zoolander 2’
4. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, E-mail, dan Nombor Telefon Bimbit.
5. Peraduan ini hanya sah dari 19 – 29 Februari 2016.
6. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat berdasarkan artikel ini dan Trailer Filem Zoolander 2!
7. Keputusan hakim adalah muktamad.