AmbiPur mendedahkah bahawa sesiapa sahaja boleh mengalami bau sebati dan bagaimana Ambi Pur Toilet Fresh boleh membantu mengatasi masalah ini.
Hari ini, Ambi Pur melancarkan Toilet Fresh, satu rangkaian baru penyegar udara yang direka khas untuk memberikan pengalaman wangian yang hebat dengan menghilangkan bau busuk di dalam udara, lalu meninggalkan wangian yang lembut dan segar.
Ambi Pur Toilet Fresh yang baru ini diformulasi untuk mengatasi bau-bau harian yang biasanya datang dari dapur, tandas, haiwan peliharaan, asap dan sebagainya.
Ambi Pur Toilet Fresh berfungsi untuk menghapuskan bau busuk dan menyegarkan bilik-bilik yang kecil, dengan menggunakan sejenis membran inovatif yang membebaskan 100% minyak wangian tulen secara perlahan-lahan ke dalam udara.
Pembebasan wangian adalah tetap dan kekuatannya boleh dilaras mengikut keperluan pengguna, dari 30 hingga 60 hari. Hanya tekan butang ‘One Push’ pada bahagian luar pek dan tunggu selama satu minit.
Selepas diaktifkan, wangian Ambi Pur Toilet Fresh akan menyentuh membran khas dan proses menghilangkan bau-bau organik akan bermula.
Ambi Pur Toilet Fresh boleh didapati dalam empat pilihan, Lavendar, Lemon, Rose dan Jasmine pada harga jualan yang dicadangkan RM6.90. Boleh didapati di semua cawangan jualan utama di seluruh Malaysia.