Pening memikirkan pakaian yang sesuai untuk ke pejabat? Mari, kami berikan tip agar anda dapat tampil menawan ke pejabat dengan cara yang mudah.
1. Basic Items
Pastikan wardrobe ke pejabat milik anda memiliki 3 item ini — midi skirt, pointed-toe heels, dan blazer.
2. Kasut
Kenakan loafers untuk ke pejabat. Kasut jenis ini mempunyai siluet konvensional yang memberikan kesan formal, malahan sesuai juga dipakai untuk gaya santai.
3. Seluar Pejabat
Zaman sekarang, bukan kaum lelaki sahaja yang memiliki tailored pants, wanita juga wajib memilikinya. Atasan feminin yang dipadankan dengan tailored pants menghasilkan outfit ke pejabat yang cukup bergaya.
4. Pencil Skirt Bercetak
Kalau selama ini koleksi pencil skirt untuk ke pejabat lebih memihak kepada warna-warna gelap seperti hitam dan kelabu, apakata kali ini anda pertimbangkan untuk memiliki printed pencil skirt. Bercorak floral ataupun cetakan pasti membuatkan anda anggun bergaya ke pejabat.
5. Bermain Dengan Warna
Jangan takut untuk bermain dengan warna pada office look anda. Padankan warna terang dan gelap, warna menyala dengan warna-warna basic.
6. Aksesori Ringkas
Untuk ke pejabat, anda tidak memerlukan aksesori yang terlalu banyak. Memakai rantai atau gelang tangan yang sarat tidak digalakkan. Memakai signature watch adalah cara paling mudah untuk menambah aksesori kepada penampilan ke pejabat anda. Atau, gunakan slim belt yang kelihatan mewah sebagai pelengkap.
7. Dressing Down
Percaya atau tidak, terdapat cara untuk mengenakan pakaian atau dress anda yang kelihatan agak mewah ke pejabat. Anda boleh menutupnya dengan sweater yang konvensional. Cara lain, padankan designer skirt bersama casual shirt.
8. Beg Menawan
Beg tangan untuk ke pejabat haruslah memiliki ciri tahan lama kerana anda kerap menggunakannya. Carilah beg tangan yang tahan lama, namun tetap bergaya.
Sumber: fimela.com