Bukan sekadar wangian, kini DIOR Parfums keluarkan tambahan baru dalam rangkaian penjagaan badan J’adore Les Adorable!
Disebabkan oleh kejayaan wangian DIOR J’adore, DIOR Parfums mengeluarkan satu rangkaian baru iaitu J’adore Les Adorable yang menampilkan beberapa penjagaan diri berdasarkan wangian tersebut.
Dan tahun ini, DIOR Parfums menambah lagi tiga produk terbarunya dalam rangkaian J’adore Les Adorable yang terdiri daripada gel mandian, krim badan serta krim tangan dan kuku.
Penambahan terbaru ini diselitkan dengan nota J’adore yang segar dan bunga jasmine, memberikan wangian yang tahan lama dan menyerap terus ke dalam kulit.
Gel Mandian [RM253]
Khas untuk pencinta wangian J’adore, sekiranya kamu wangian ini terus melekat ke dalam kulit, Miss Murai cadangkan untuk kamu menggunakan gel mandian J’adore Les Adorable yang diperkaya dengan ekstrak jasmin.
- Foto – DIOR
Psst… Selepas beberapa kali penggunaan, kamu akan rasa kulit menjadi lebih lembut dan lembao sepanjang hari!
Gel mandian ini dibungkus dalam botol, dimana bahagian penutupnya adalah matte putih yang diperincikan dengan tepian keemasan dan cop logo “J’adore”.
Krim Badan [RM305]
- Foto – DIOR
Untuk menambah kelembapan dan hidrasi yang penuh pada kulit, Miss Murai sarankan untuk kamu guna krim badan dalam rangkaian ini. Bukan hanya melembutkan badan, krim badan ini juga memberikan wangian yang segar dan tahan lama di kulit badan kamu sehingga seharian.
Krim Tangan & Kuku [RM245]
Last but not least, jangan lepaskan peluang untuk berikan penghidratan kepada bahagian tangan dan juga kuku menggunakan krim yang direka khas oleh J’adore Les Adorable.
- Foto – DIOR
Diselitkan dengan ekstrak jasmine yang menenangkan, krim tangan dan kuku ini dikatakan berkesan untuk kamu yang mahu mengatasi masalah kekeringan di sekitar tangan.
Senang dibawa ke mana sahaja, krim tangan dan kuku ini dibungkus dalam bekas putih yang diukir dengan logo signature Christian Dior.
- Foto – DIOR
Bersempena dengan pelancaran tiga produk terbaru J’adore Les Adorable ini, DIOR Parfums turut mengeluarkan tiga miniatur ciptaan pertamanya ( krim badan, gel badan berkilauan dan skrub badan berkilauan) dalam set eksklusif di butik dan juga web [Dior.com].