Sekali lagi New Balance x Miu Miu buat kejutan!
Pada tahun lalu, Miu Miu telah melancarkan koleksi sempena musim bunga 2024 di Minggu Fesyen Paris. Dalam koleksi itu disempurnakan dengan kolaborasi baru jenama sukan New Balance dan Prada. Kasut sukan lari New Balance 530 diperbaharui dengan kreatif fesyen mewah.
Untuk pengetahuan pembaca, dua jenama ini pernah bergandingan pada tahun 2022. Mereka melancarkan rekaan baharu kasut New Balance 574. Ia merupakan kerjasama yang pertama dan sudah pasti berjaya. Jadi, selepas dua tahun Miu Miu dan New Balance kembali dengan air tangan baru.
New Balance x Miu Miu memilih koleksi kasut running New Balance 530. Ia diberi reka bentuk yang baru, isian tapak yang lebih lembut dan gaya ‘tidak siap sepenuhnya’. Sekali pandang, kasut ini lebih bersahaja dan ringan. Peminat boleh memilih dari dua gaya yang tersedia iaitu suede penuh rona tanah atau suede dan fabrik jaring dalam rona hitam atau putih.
Ia dijual pada harga AS$1,120 sepasang dan dari laman sesawang rasmi Miu Miu. Kasut New Balance X Miu Miu 530 SL suede and mesh sneakers paling mendapat perhatian. Menariknya lagi, rekaan kasut ini ialah unisex!
Pada pendapat DIVA, koleksi kali ini lebih cantik, kemas dan sangat sesuai untuk gaya fesyen minimalis.