Cara lama juga yang menjadi pilihan…
Solekan sememangnya tidak batasan untuk kreativiti. Namun ia tetap mempunyai satu sistem teknikal untuk menghasilkan solekan yang sempurna. Mana boleh pakai sebarang produk atau teknik. Sudah tentu ia pun mekanisme.
Bila bercakap soal tips solekan. DIVA memang sudah banyak kongsikan tips untuk foundation, eyeliner, lipstick dan pelbagai lagi. Pun begitu, ada satu tips ini tetaplah menjadi pujaan para jurusolek profesional. Ia tips cara lama untuk lipstik tahan lama. Namun dari tinjauan DIVA, tips ini dianggap lapuk dan tidak lagi popular.
Tahukah kamu, tips ini tetap menjadi pujaan Mario Dedivanovic. Dari temubual bersama Bustle, ternyata dua teknik untuk kekal lipstik cantik dan tahan lama masih relevan.
“As old school as this tip is, you can apply a layer of lipstick, blot with a tissue, then apply another layer of lipstick to lengthen the wear. You can even apply a little translucent powder in between lipstick applications for extra longevity. Finishing with my UltraSuede Sculpting Lip Pencil is a great final step to lock the look in place.”
- Tekap guna tisu
Oles lipstik seperti biasa, kemudian ambil tisu bersih. Tekap bibir kamu seketika, kemudian tambah lapisan lipstik sekali lagi. Lapisan awal yang tertinggal akan menjadi alas untuk kesan warna lipstik tahan lama.
- Tambah loose powder
Tidak punya tisu? Kamu boleh gantikan dengan sedikit taburan loose powder. Kesan bedak pada tekstur lipstik boleh memegang lipstik untuk tahan lama. Kamu boleh menyapu loose powder pada tiap olesan lipstik. Namun hati-hati, jangan berlebih…lipstik akan boleh crack atau terlalu kering terutamanya lipstik matte.
Senang kan? Percayalah cara ini memang menjadi, mudah dilaksanakan dan tidak guna banyak effort. Selamat mencuba!