Barang kemas sentiasa menjadi perhatian ramai, tidak kira kaum wanita atau lelaki. Koleksi barangan kemas cukup sinonim dengan lambang status sosial seseorang. Dari jari, lengan, leher dan telinga sudah boleh kita tahu citarasa dan latarbelakang mereka.
Memilih jenama dan rekaan barangan kemas bukanlah perkara kecil. Ia juga melibatkan citarasa tersendiri. Bahkan seni artistik yang diketengahkan pada jenama barang kemas juga mempunyai nilai yang terbaik untuk pelaburan masa akan datang. Jadi memakai barang kemas bukan sahaja untuk fesyen, menayang kekayaan bahkan juga digelar sebagai aset masa hadapan.
DIVA kongsikan lima jenama teragung barangan kemas. Ia bukan sahaja rebutan para selebriti. Jenama-jenama ini juga menjadi pilihan kerabat diraja seluruh dunia. Bahkan ada yang melibatkan diri dalam sejarah persiapan pertabalan diraja dan sebagainya.
#1 Cartier
Tipulah siapa tidak kenal dengan Cartier. Apatah lagi bila selebriti, pempengaruh kini kerap menayang gelang Love Cartier yang cukup-cukup ikonik. Selain itu, gelang Juste un Cloe atau gelang paku juga menjadi simbol fesyen dan kemewahan. Rekaan-rekaan Cartier merupakan satu contoh rekaan yang tidak akan tenggelama dengan masa. Ia juga membuat si pemakai sentiasa dekat dengan simbolik dari sebalik pemakain barang kemas.
#2 Van Cleef & Arpels
Antara jenama barang kemas asal Perancis paling terkenal. Ia jenama yang paling mendapat tempat dihati kerabat diraja. Kate Middleton dan Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin pernah dilihat memakai rekaan ‘clover’ popular Van Cleef & Arpels. Ia bukan sekadar jenama berangan kemas, tapi ia mempunyai kualiti tersendiri dalam melibatkan proses pembuatan. Rekaan yang minimalis, mewah dan poetic antara sebab Van Cleef & Arpels kekal ditangga yang tertinggi.
#3 Chopard
Chopard, jenama barangan kemas wanita terkenal dari Swiss. Ia sentiasa mengunjurkan rekaan-rekaan yang dekat dengan citarasa wanita elegan. Bagi mereka yang gemarkan rekaan yang ringkas, sofistikated dan romantis. Chopard boleh memberikan aura-aura tersebut pada si pemakai. Malah, Chopard juga antara pengeluar jam tangan mewah yang berkualiti.
#4 Tiffany & Co.
Jenama yang telah ‘hidup’ sejak tahun 1837 dan kini kekal sebagai jenama barangan kemas paling ikonik. Tiffany & Co. sentiasa mempamerkan rekaan elegan kekal dengan konsep moden. Malah batu-batu permata berwarna-warni menjadi taruhan utama dalam setiap koleksi Tiffany & Co. Sejak dahulu lagi Tiffany & Co. menjadi tumpuan bakal pengantin untuk melamar ia sebagai cincin pertunangan dan perkahwinan.
#5 Bvlgari
Senang kata, Bvlgari jenama barangan kemas yang penuh seni artistik luar biasa. Ia mengekalkan sifat tradisi dan gabungan seni visual moden. Jika anda peminat karya-karya rekaan kraftangan berkualiti Itali. Bvlgari merupakan jenama yang paling terulung. Ia jenama yang paling buat si pemakain akan kelihatan wow dan gah!
Impian semua wanita untuk memiliki sekurang-kurang satu aksesori dari jenama diatas. Jika diberi peluang yang mana pembaca DIVA paling ingin sekali?