Selain Janna Nick, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Tun Aminah juga pernah menggunakan khidmat makeup artist (MUA) daripada Thailand. Berkongsi MUA yang sama iaitu Babara Beer, tak dinafikan sesiapa sahaja pasti jatuh cinta dengan hasil mekap yang dilakukan olehnya.
Terkenal dengan kepakarannya dalam menghasilkan mekap glass skin, bagi DIVA mekap ini menaikkan lagi seri wajah dan kecantikan seseorang itu secara semula jadi.
Selepas puas stalk Instagram Babara Beer, DIVA dapati MUA Thailand ini bukan sahaja memiliki tekniknya sendiri, malah produk yang digunakan olehnya itu membuatkan hasil mekapnya nampak tahan lebih lama dan maintain cantik sepanjang hari. Dikatakan hanya menggunakan First Cream by Babara Beer, krim dua dalam satu ini mengandungi pelembap dan primer yang memudahkan sesiapa sahaja prep wajah dengan terbaik sebelum mekap.
- Foto – @babarabeer.official (IG)
First Cream ini dikatakan sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kiralah jika kamu memiliki kulit daripada jenis normal, kering, berjerawat, kombinasi hingga ke berminyak. Bukan itu sahaja, krim ini juga tidak mengandungi pewangi dan paraben, jadi ianya sangat selamat untuk digunakan di wajah. Saran Babara Beer, First Cream ini perlu digunakan sebanyak dua kali iaitu pagi dan malam.
- Foto – @babarabeer.official (IG)
Manakala untuk melakukan mekap glass skin ala-ala Janna Nick dan YAM Tunku Tun Aminah pula, kamu boleh lakukannya menerusi cara-cara berikut:
- Prep dulu wajah menggunakan pelembap dan primer bagi mengunci kelembapan, menutup cela serta pori. Untuk mudahkan kamu, boleh juga guna First Cream daripada MUA Babara Beer iaitu 2-in-1 pelembap dan primer.
- Kemudian sapukan foundation dalam kuantiti sedikit menggunakan berus. Sapukan dalam lapisan yang ringan dan pastikan ia tak nampak terlalu tebal di atas kulit.
- Untuk concealer pula, hanya sapukan di bahagian yang perlu ditutup seperti cela sahaja. Pastikan sapu dalam kuantiti yang sedikit dan blend secara ringan menggunakan berus.
- Bagi bronzer, highlighter dan blusher pula, elakkan daripada guna produk bedak. Tetapi pilih untuk gunakan produk berkrim untuk pastikan ia kekal lebih lama dan tak mudah ‘luntur’.
- Mekap bahagian mata, Miss Murai syorkan untuk pilih warna coklat lembut dan glitter untuk menonjolkan bahagian tersebut. Kening pula, hanya lukiskan atau isikan bahagian kening yang jarang secara ringan sahaja.
- Selepas selesai, kunci mekap dengan menggunakan setting powder. Sapukan di bahagian yang mudah buatkan mekap kamu menjadi crack seperti garis senyuman, dahi dan sekitar mata.
- Lengkapkan mekap glass skin kamu dengan lipstik berona pink atau coral.
Selamat mencuba!