Sana sini, DIVA asyik dengar nama Alia Bhatt saja.
Sangat popular, nama Alia Bhatt kini berada di ‘tangga teratas’ dalam industri hiburan. Buat yang hairan bagaimana wanita kecil molek ini mendapat bakat semula jadinya itu; ini kerana dia berasal dari keluarga yang sebati dengan selok belok dunia perfileman.
Selain terkenal di India, Alia juga dikenali di seluruh dunia. Walaupun begitu tak ramai yang tahu beberapa fakta menarik dan ‘rare‘ tentang wanita kecil molek ini.
Kamu tahu? Jika tidak, baca perkongsian di bawah;
#1 Ada yang mengatakan aktres ini seorang penganut Hindu, dan ada yang katakan dia adalah seorang Muslim. Tetapi sejak kecil bapanya; Manesh Bhatt membesarkan Alia sebagai seorang ateis.
- Foto – Pinterest
#2 Ketika zaman kanak-kanaknya, ahli keluarga dan kawan-kawannya akan memanggilnya sebagai ‘Aloo’ iaitu kentang.
#3 Semasa ke parti, Alia akan membawa sendiri CD muziknya untuk elak daripada kebosanan. Dan antara lagu kegemarannya adalah Le Gayi Le Gayi dan Que Sera Sera.
- Foto – Pinterest
#4 Takut akan gelap, Alia akan memilih untuk tidur dengan membiarkan semua lampu di biliknya kekal menyala.
#5 Berbeza dengan apa yang kita lihat di kaca televisyen atau di panggung wayang; Alia sebenarnya seorang yang serius dan introvert. Malah dia hanya akan bercakap dan bergaul dengan rakan terdekatnya saja.
- Foto – Pinterest
#6 Tidak seperti wanita lain, Alia sangat sukakan wangian lelaki dan dia akan tukar wangiannya setiap bulan pada bau yang berbeza.
- Foto – Pinterest
Peminat Alia Bhatt, pernah tak kamu dengar atau tahu tentang fakta-fakta ‘rare’ di atas?