Realitinya di rumah, tetapi bila melangkah masuk pintu depan rasa seperti berada di hotel mewah!
Memang jadi idaman setiap orang untuk memiliki rumah yang mempunyai vibe seperti hotel. Mewah, eksklusif dan paling penting selesa!
Entri kali ini DIVA kongsikan lima rumah di Asia yang bertemakan hotel, salah satunya ada rumah pereka kasut Jimmy Choo tau. Memang cantik!
#1 Kemasan Yang Glamor
Berkeluasan 2519 kaki persegi, penthouse di Singapura ini direka untuk membangkitkan suasana mewah hotel dengan kemasan yang glamor.
Prestige Global Designs yang mengetengahkan konsep kemewahan kemodenan menggunakan warna terang untuk kelihatan menarik dan mesra.
Padanan lukisan di dinding, warna cat, jenis perabot dan permaidani yang dibuat khas di ruang tamu dan ruang makanan memberikan ilusi lobi hotel yang luas dan elegan.
#2 Penthouse Yang Minimalis
Rumah pereka kasut, Jimmy Choo yang berkeluasan 1754 kaki persegi itu terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Rumah ini dihiasi untuk meraikan legasi dan pengaruhnya berdasarkan kisah hidup Jimmy.
Kongsi pengasas OD&A, Ooi Boon Seong menggunakan panel kayu oak putih dengan motif klasik di seluruh rumah. Dipadankan dengan cat kelabu yang menenangkan dan tekstur bijirin yang cantik untuk naikkan seri rumah.
#3 Vibe Estetika Tropika Jadi Pilihan
Nadayu Kuala Lumpur merupakan banglo tiga tingkat yang berkeluasan 4280 kaki persegi. Dihiasi dengan tema hotel, setiap ruang rumah ini mempunyai aura hotel yang dilengkapi dengan ruang berehat yang selesa.
Perabot kotemporari yang jadi pilihan pereka seperti rotan digunakan untuk vibe estetika tropika yang dipadankan dengan landskap hijau di sekitar rumah tersebut.
#4 Elemen Fesyen Jadi Sentuhan Utama
Berkeluasan 7000 kaki persegi, rumah keluarga milik pasangan Jay Chiu dan Jasmine Chiu ini diinspirasikan oleh fesyen. Menurut perunding dalaman Designworx, Terri Tan mendedahkan bilik tidur kediaman ini diinspirasikan oleh butik Dior.
Manakala permaidani berwarna hitam dan krim ditempah khas untuk memberikan rupa monokrom pada ruang tamu. Yang menarik di ruang tamu ini, fabrik upholsteri biru daripada Hermès itu ditempah khas untuk kusyennya.
Memang cantik-cantik dan nampak mewah sangat kan?