“Bunuh segala jerawat di muka”!
Bila bercakap tentang produk penjagaan kulit wajah, setiap orang ada caranya tersendiri. Mungkin produk A sesuai untuk anda tapi tak sesuai untuk rakan anda, jadi yang mana perlu kita guna bagi mendapatkan produk yang betul-betul sesuai.
Kajian menunjukkan bahawa jerawat boleh menyebabkan gangguan psikososial seperti kemurungan dan kegelisahan.
Jerawat boleh membuatkan emosi seseorang jatuh, dan bagi menangani masalah tersebut, Mentholatum melancarkan rangkaian penjagaan kulit baharu untuk kulit berjerawat dan berminyak yang dikenali sebagai ‘Mentholatum Acnes’.
Rangkaian Penjagaan Masalah Kulit No.1 Jepun
Bukan biasa-biasa, Mentholatum Acnes merupakan rangkain penjagaan masalah kulit No.1 Jepun dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal global yang berpangalaman lebih 120 tahun dalam dunia kecantikan.
- Foto – Mentholatum
Untuk rangkaian ini terdiri daripada rutin lengkap penjagaan kulit jerawat iaitu Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control Moisturiser dan Acnes Anti-Acne Spot Gel.
Rangkaian ini mengandungi lebih daripada 95% ekstrak Centella Asiatica tulen dari Madagascar, yang disokong penyelidikan di mana berkesan untuk menenangkan kulit dan membantu pemulihan keradangan.
- Mentholatum Acnes Creamy Wash
Produk ini mengandungi Asid Salisilik (BHA) untuk membersihkan liang pori dan membantu melawan jerawat. Kandungan antioksidan dan antiradang Ekstrak Avocado adalah agen penenang untuk menenangkan kulit, serta berfungsi mengawal masalah kulit berminyak.
Vitamin C + E antioksidan juga terdapat dalam formulasi ini untuk melegakan kulit, mencerah kulit kusam, memudarkan bekas jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.
- Mentholatum Acnes Powder Lotion
Ditambah dengan Ekstrak Aloe Vera untuk melembap dan menyegarkan kulit. Sama seperti Creamy Wash, Powder Lotion juga mengandungi Vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, memudarkan kesan jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.
- Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser
Ekstrak epal dan Asid Salisilik (BHA) membantu mengelupas kulit dengan lembut; sementara Ekstrak Ceri Liar (Bitter Cherry) ditambahkan untuk meningkatkan keanjalan kulit sekali gus menjadikan kulit kenyal dan awet muda.
- Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel
Mengandungi 2% sulfur yang berkesan megawatt jerawat yang degil.Ditambah dengan Asid Salisilik, ia akan mengurangkan minyak berlebihan, menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan liang pori, dan mencegah jerawat. Ia juga mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Licorice untuk mereda dan menenangkan bintik-bintik jerawat yang jengkel.
- Foto – Wagga
Rangkaian ini sudah tersedia di semua farmasi Watsons dan secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian baharu Mentholatum Acnes, sila layari Facebook MentholatumAcnesMY.