Baru kahwin dua minggu tapi bila check si isteri dah mengandung tiga minggu, para suami jangan salah faham kemudian terus cop sang isteri curang pula.
Hal ini sering kali membuatkan para suami mensyaki sang isteri mendustai diri mereka, walhal apa yang disangkakan itu adalah tidak benar.
Jangan Tuduh Isteri Curang
- Foto – Pesona Pengantin
Bila berhadapan dengan situasi seperti ini encik suami harus bertenang dan tidak menuduh isteri secara melulu, apa yang perlu dilakukan adalah para suami harus fahami kitaran subur wanita untuk mengetahui usia kandungan isteri.
Suami Kena Tahu Kiraan Waktu Suburan Wanita
- Foto – Twitter @suamisihat/syurga hawa official
Apabila berjumpa doktor sakit puan, soalan yang akan ditanya adalah “bila hari terakhir kamu period?” biasanya purata waktu subur wanita adalah pada hari ke 14 haid atau hari ke 10 hingga hari ke 17 haid.
Katakankan pada hari perkahwinan, kamu dan isteri bersama pada hari ke 17 kitaran haid isteri, kemudian selepas dua minggu kamu bawa isteri ke klinik dan doktor memberitahu isteri telah hamil tiga minggu.
Jangan terkejut dulu doktor membuat pengiraan bermula dari waktu terakhir kitaran haid si isteri dan bukan berdasarkan dari tarikh perkahwinan kamu, jadi isteri kamu bukanlah curang sebaliknya persenyawaan berlaku dalam tempoh kitaran subur isteri.
Purata Ovulasi sebelum period:
- Jika kitaran haid 21 hari: Maka pada hari ke 7 merupakan hari isteri ovulasi, jadi hari yang subur untuk bersama adalah pada hari ke 5, 6, dan hari ke 7.
- Jika kitaran haid 28 hari: Maka pada hari ke 14 merupakan hari isteri ovulasi, jadi hari yang subur untuk bersama adalah pada hari ke 12, 13, dan hari ke 14.
- Jika kitaran haid 35 hari: Maka pada hari ke 21 merupakan hari isteri ovulasi, jadi hari yang subur untuk bersama adalah pada hari ke 19, 20, dan hari ke 21.
Ilmu Rumahtangga Penting
- Foto – Pesona Pengantin
Jika para suami memiliki ilmu rumahtangga secukupnya dalam diri sebelum berkahwin, perkara sebegini dapat ditangani dengan tenang dan bijaksana.
Sebab itu pentingnya pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga menghadiri kelas kursus pra perkahwinan, kerana segala maklumat mengenai hubungan seks, waktu subur wanita, hari yang sesuai untuk bersama, semuanya dikongsikan dalam kelas tersebut.
Apabila diri dipenuhi dengan ilmu rumahtangga, InsyaAllah segala masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan baik dan paling penting dapat menangkis salah faham antara suami dan isteri.
Selamat beramal!
Kredit: Twitter Suami Sihat