Dunia hiburan barat terutamanya Hollywood ada turun dan naik sepanjang 2017 ini. Dilihat kini ramai pewaris-pewaris bakat seni baru yang muncul dan meloposi filem dan drama terbaru. Sudah menjadi kebiasaan apabila peranan aktor juga menjadi pengaruh besar menarik minat peminat untuk penonton.
Berbakat dan sudah tentu pemilihan dari segi rupa menjadi aspek utama. Wanista senaraikan 7 aktor baharu Hollywood yang menjadi sebutan ramai sepanjang 2017. Tak kiralah dari rupa atau kejayaan mereka yang berjaya pecah panggung tahun ini!
#1 Bill Skarsgard (27 tahun)
Siapa sangka disebalik rupa menakutkan badut Pennywise (IT, 2017) ialah wajah meruntun jiwa Bill! Pelakon muda ini juga adik kepada Alex Skarsgard dan mula aktif dalam industri sejak tahun 2010. Nak tahu lebih lanjut siapa Bill Skarsgard? Baca artikel Wanista sebelum ini: Kenali Bill Skarsgard, Di Sebalik Watak Badut ‘Pennywise’ Dalam Filem IT
#2 Taron Egerton (28 tahun)
Mula dikenali melalui francais filem aksi dan penyiasatan Kingsman. Pemuda asal United Kingdom kini menjadi dambaan gadis-gadis. Memegang watak animasi dalam filem muzikal Sing buat ramai yang tak sangka si pelat British jua mempunyai suara yang merdu.
#3 Nick Jonas (25 tahun)
Jika dahulu beliau tenggelam disebalik abang-abangnya, kini Nick Jonas lebih selesa bergerak solo dan menyanyi atas genre pilihan. Sudah lama Nick tidak muncul dalam filem tapi pada tahun beliau buat kemunculan kecil dalam filem Jumanji. Dengar cerita, ramai nak tonton filem tu sebab Nick semata-mata!
#4 John Boyega (25 tahun)
Next Idris Elba? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang terjadi pada John yang cukup beruntung dan mengaut populariti setelah turut sama dalam filem francais terbesar di dunia Star Wars. John sangat family-man, tak percaya? Lihat sahajalah akaun Instagram miliknya.
#5 Ansel Elgort (23 tahun)
Kejayaan melalui filem romantis adaptasi novel John Green, The Fault in Our Stars nama Ansel terus disebut-disebut. Sebelum ini beliau hanya menjadi watak kecil dalam filem aksi Divergent dan Insurgent tapi tahun ini Ansel membuktikan dia juga mampu sebagai pelakon utama dalam filem aksi muzikal Baby Driver.
#6 Ezra Miller (25 tahun)
Menjadi pelakon sejak usia belasan tahun lagi tapi tahun ini merupakan tahun bertuah Ezra apabila dipilih untuk memegang watak hero Flash dalam Justice League. Khabarnya Ezra juga bakal keluar dengan lagi dua filem meletop iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018) dan Flashpoint (2020). Good luck!
#7 Tom Holland (21 tahun)
Kelincahan beliau dalam filem terbaru Spider-man:Homecoming telah menjadi perhatian ramai dan beliau pemenang anugerah BAFTA bagi Rising Star Award pada tahun ini. Kalau anda rasa-rasa macam pernah lihat Tom sebelum ini, cuba tonton semula filem The Impossible (2012). Ehehehe..
Ada tak yang baru kenal mereka hari ini atau sebenanrnya dah lama stalk tentang mereka?